Friday, April 24, 2020

Dari Cinta Ke Penyesalan


  1. Nama aku jat itu jer nama yang orang selalu panggil. Aku nak cerita pasal kisah cinta aku dulu. Ia bermula 7tahun lepas, aku seorang pelajar disekolah menengah kebangsaan, aku ni nak cakap hensem tu takde la hensem tapi okey la, kisah aku bermula dengan seorang perempuan bernama ira , ira ni dia pelajar sekolah lain dan kitaorang kenal dari media sosial. Aku memang mudah jatuh cinta sebenarnya tapi bila aku tengok ira ni rasa lain macam, rasa macam dialah soulmate yang aku tunggu tunggu selama ni, ( haha biasa la budak sekolahkan tengok awek lawa sikit acah acah soulmate ) jadi aku pun berkenalan dengan ira ni , lama lama rasa cinta tu lain macam, tpi ira ni dia taknampak yang aku sukakan dia jadi aku teruskan berharap yang dia boleh terima aku, haha dia macam crush aku yang paling sempurna laa bagi aku nama pun crushkan. Lama lama kitaorang kenal satu hari tu aku pun dh takboleh tahan perasaan aku ni, jadi aku call dia melamar dia jadi girlfriend aku , tapi ape yang aku harapkan tak kesampaian sebab dia menolak lamaran aku, time tu hanya tuhan jer yang tahu hati aku ni hancur kerana cinta . So kitaorang still kawan tapi rasa janggal tu memang tak hilang dan makin hari makin terus rasa janggal tu. Last last aku dapat tahu yang ira ni dah ad boyfriend tapi dia tak bagithu aku. So aku ambik keputusan aku nak tamatkan hubungan yang tak ada makna ni. Selepas 2 bulan aku pun dah move on dan teruskan hari hari aku macam biasa. Satu hari kawan aku ajak lepak dengan member dia kat kedai , aku pun on jerlah sebab takde buat ape ape kan. Kitaorang pun pegi la keda tu dengan motor aku. Sampai jer kat sana aku nampak 3orang pelajar perempuan sekolah lain perhh memang semua cun derr, aku pun buat buat macho laa (padahal tak macho pun) lepastu aku dengan kawan aku jalan masuk kedai tu , terkejut beruk aku time tu sebab rupanya member kawan aku tu perempuan tadi, hahaha memang dalam hati ni rasa malu dan happy , yerlahkan boleh duduk dengan perempuan cantik macam ni. Time kitaorang tengah lepak tu aku pun usha usha laa member kawan aku ni, ada sorang ni memang lawa giler, time tu aku pun perasan yang dia pun tengah usha aku gak. Tapi kitaorang usha usha macam tu jerlah hahaha. Lepas habis berbual semua kitaorang pun balik la. Malam tu aku takdapat tidur fikirkan pasal perempuan tadi, rasa menyesal pun ada sebab tak berbual dengan dia yerla aku rasa macam tu la kali pertama dan terakhir jumpa dia . Seminggu lepastu kawan aku ajak lepak dengan member dia haritu, aku time tu tak cakap banyak terus setuju dan berharap perempuan tu pun ada harini, sampai jer kat kedai tu, rasa macam mimpi jadi kenyataan sebab perempuan tu ada tengah tunggu kitaorang , dalam kepala aku masa tu satu jer 'kalau aku takut memang melepas' lepas lama dengar kawan aku berbual dengan member dia , aku beranikan diri menegur perempuan tadi dan nama dia lyn , kitaorang pun mula berbual, berbual macam dah lama kenal pulak tu, masa tu taksedar yang jam dah pukul 5, dan semua setuju nak balik. Masa lyn berjalan nak balik tu aku beranikan diri mintak no phone dia, hahaha lyn pun dalam keadaan malu malu terus bagi no dia kat aku, dari situ bermula la kisah aku dengar lyn . Bersambung....